Disclaimer

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Lets get connected!

Sunday, February 16, 2014

Kelebihan air untuk tubuh badan.

Dah menjadi rutin di office, selagi boleh akan habiskan sekurang-kurangnya 1.5l air masak. Kalau nak lebih afdal, 3l air masak. Kalau dekat rumah agak susah sikit nak achieve target 3l sebab banyak kekangan (alasan)

Bila dah minum banyak air tu, memang rajin jugaklah ulang alik nak ke toilet, tapi takpelah sebab sebenarnye itu proses untuk membuang toksin dalam badan kita ni. Cara paling senang nak tengok cukup ke tak air yang kita minum, tengok pada warna urin. Kalau kuning pekat tu, tandanya air dalam badan memang tak mencukupi.



Jom tengok lagi, apa kelebihan minum air masak yang saya ambil dari blog Mama Cery :

1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK

Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2. MENGUMPULKAN NUTRISI


Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK

Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

5. MENGHINDARI BATU KARANG

Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.

Haa jangan pandang mudah pada kelebihan air masak ni ye. Memang sangat bagus untuk kesihatan kita. Perkara paling basic untuk jaga kesihatan, pastikan minum air kosong yang mencukupi. Ni air kosong ye, kalau air teh tarik, nescafa tarik tu semua tak kira. ☺



Fara  Independent Shaklee Distributor 884049  012 677 7094
Like FB : Zahra’s Store
Business Opportunity with Shaklee, SMS/ Whatsapp for more info!

No comments:

Post a Comment