Disclaimer

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Lets get connected!

Tuesday, February 18, 2014

Waktu terbaik untuk minum air.

Minum air pun ada waktu tertentu ke? Eh..macam2 lah.

Haa..sebenarnye setiap waktu pun boleh je nak minum air, kecuali waktu tengah puasa lah ye. Hihi...Cuma kalau diambil pada waktu tertentu, hasilnya akan jadi lebih baik dan memberi manfaat tambahan pada badan kita.

  •  Pagi selepas bangun dari tidur.

Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein

  •  30 minit sebelum waktu makan.

Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

  •  Sepanjang hari.

Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan





Fara  Independent Shaklee Distributor 884049  012 677 7094
Like FB : Zahra’s Store
Business Opportunity with Shaklee, SMS/ Whatsapp for more info!

No comments:

Post a Comment